March 7, 2011

kisah mat rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

March 6, 2011

sains ilusi realiti,, TaSik Tr0ut

nota: cerita ini ditulis berdasarkan artikel yg dihantar oleh Dr.Mohd.Yusof Hanner atau nama lainnya Roger Joe Knightly.

Saintis serata dunia tentu kenal dengan Tasik Trout , Washington. suatu ketika dulu, tasik ini pernah menjadi tapak kajian sains untuk mmbongkar misteri signal aneh yg mmbingungkan. boleh dkatakan, tasik ini pernah mncetuskan kbimbangan dunia. dpercayai, tasik ini merupakan salah satu tapak pendaratan UFO! ini berdasarkan kpada signal yg dterima pengkaji UFO di seluruh A.S... tp smpai ke hari ini tiada seorang pon saintis berjaya mmbuktikan signal itu datang dripda UFO. Tasik Trout kni trsenarai sbagai antara 200 tmpat penting dalam kajian UFO di A.S.. 
trletak di puncak Gunung Adam, tasik ini merupakan kawah gunung berapi kedua trtinggi dan tercantik di ngeri Washington. kdudukannya trletak kira2 40 batu ke selatan rangkaian Gunung Rainier yg merupakan gunung berap trtinggi yg mrentasi Amerika Syarikat. dan..... bnyk lagi ceta dia nih, pnjang sgt, nnt2 lah kita sembang len